Sunday, September 5, 2010

Hadiah cinta terindah

Sedar xsedar dah hampir 7 bulan aku menjadi isteri kepada seorang suami..
Sejak dari itu cinta kami bagaikan xpernah pudar
Walaupun xdiungkap dengan kata-kata cinta dan belaian mesra
Ku tahu suami ku mencintai aku~menyayangi aku sepenuhnya

Walaupun xpernah ada hadiah..
Walaupun xpernah ada ucapan I LOVE U~
Yang ada cuma renungan penuh kasih
Dengan senyuman yang cukup menggambarkan segalanya
Kasih seorang suami untuk ku~

Gurauan menjadi penyeri rumahtangga kami..
Walau tinggal berjauhan..
Kami bagai masih dilamun cinta
Berjalan berdua..berpelukan..berpegangan tangan..
Makan berdua..bersuapan..ciuman di pipi xpernah lupa dihadiahkan~

Saat paling sedih..
Bila hari terakhir suami pulang..
Menghantar suami ke stesen bas..
Ya Allah sedihna xdapat digambarkan..
Suami pulang untuk mencari rezeki..
Air mata dah bagai curahan yang xdapat dihentikan lagi..
Suami memujuk..sabarlah sayang..satu hari nanti pasti ada bahagia untuk kita..

Dan hingga kini..
Kami masih berjauhan lagi..
Zuriat hasil cinta kami akan lahir November ini
Moga rahmat Allah mengiringi kebahagiaan rumahtangga ini
Agar kami dapat tinggal bersama
Dan bahagia selamanya..
CINTA

Thursday, May 27, 2010

Perempuan dan kentut


Jarang sekali kita dengar pompuan kentut kuat kuat terutamanya bila tengah keluar dengan lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru biru muka semata mata tak mau kentut depan teman lelaki mereka. Padahal, lelaki sikit pun tak kisah jika pompuan terkentut. Adat la tuh dah nak terkentut. Paling kurang lelaki akan berkata "Eh! Makan apa kentut busuk dan kuat sangat nih???" Dan secara otomatik lelaki dan pompuan tadi akan ketawa bersama sama. Ini akan menjadikan hubungan mereka semakin ceria.

Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan berkata "Tak senonoh la..." sambil mengejek manja teman lelakinya itu. Dan lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka.

Jika dahulu pompuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya, namun kini pompuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin. Tengok...bagaimana kentut mendidik pompuan supaya menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara tak langsung akan bertambah baik.

Jika dahulu pompuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik terkentut sesuatu perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin mengaguminya dan semakin menghormati. ..kerana itu adalah trademark teman lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu...

Akhir sekali, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan anda secara beramai ramai. Secara tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan anda bersama bakal bakal ahli keluarga anda.

Kesimpulan:
Kentut itu membahagiakan. ...anda setuju???

Monday, May 24, 2010

Korang ni jenis lelaki yang macamana?Lets check it out!


Aries
Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin .Dia lebih suka mengarah,berani dan suka menjelajah .Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita. Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.Nafsu syahwatnya tinggi ,dan apabila mendapat teman hidup ,dia adalah kekasih yang bersemangat dan bernafsu. Padanya cinta adalah amat penting ,kerana dia benci hidup keseorangan ,dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya .Ketika mula bercinta dia baik hati ,mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan ,dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.
Taurus
Dia lelaki yang mempunyai badan yang berotot dan kuat .Dia seorang yang praktikal serta berseni,mungkin boleh mengukir,atau melukis.Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik,malah mungkin seorang ahli muzik.Lelaki ini mudah bergaul ,suka jenaka dan ketawa.Walau bagai mana pun dia kurang keyakinan dan merendahkan daya tariknya sendiri ,menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menari hati wanita .Dia juga adalah lelaki stabil,konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu kemanakah arah tujuan dirinya.Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dalam rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya .Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya , di mana pada masa inilah dia akan merasa selamat di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu ,dan oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan .Dorongan syahwatnya kuat .Dia sukakan keselesaan ,makan dan mengumpul harta .Kebolehanya menghias rumah , dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik .Oleh kerana lelaki ini lebih sukakan perkara yang telah biasa ,dia tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa yang berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang lebih suka bergaul dan bijaksana.
Gemini
Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik,adab dan senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya.Dia seorang yang bijak berfikir ,ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri.. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain .Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri ,yang tidak pendiam ,dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya .Dia suka kepada luahan emosi ,kerana itu dianggap kebudakan dan remeh ,dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta , dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya, dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal , bukan hati. Lelaki ini tidak begitu berminat dalam hubungan kelamin , dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikkan .Dia mengetahui mengenai hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan dari rasa berahi.Dia bukanlah seorang kekasih yang bersungguh , kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan memilih pasangan yang jauh lebih tua darinya ,yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah padanya ,Wanita yang ideal ialah yang banyak harta ,lebih tua, tetapi dia boleh jugak memilih wanita muda ,yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan egonya dan lagaknya.
Cancer
Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan kekerasan .Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah menangis. Sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan simpati dan sifat keibuan terhadapnya ,tetapi tidak patut dilakukan terlalu kerap kerana mungkin di tuduh sebagai pondan . Kebahagiaan rumahtangga amat penting baginya ,dan rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita .Jika dia belum berkahwin , dia mungkin tinggal bersama ibubapanya dia tidak suka berfoya-foya .Dalam pwergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup .Mencari pasangan hidup agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas , pemalu dan kurang dorongan , serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah , berharta dan pendapatan baik.Antara kelemahannya ialah dia suka mengkritik dan mengadu , dan menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya. Walaubagaimanapun , dia adalah suami yang setia , dan amat sukar untuk bercerai.
Leo
Dia seorang yang agak tinggi ,kurus , gerakanya cepat tetapi lembut. Matanya besar dan menarik , dan rambutnya ikal .Bibirnya mungkin nipis .Dia suka menolong dan membantu orang. Dia berkeyakinan dan berpersonaliti kuat , ini membolehkannya maju dan memimpin . Dia juga suka menjadi popular dan di puji .Kehidupan cinta adalah penting padanya kerana dengan adanya orang yang mengasihinya membuatkan dirinya penting .Bila dia terlibat dalam hal romantik , dia mudah bernafsu tetapi mudah pula reda Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah , tapi pasanganya perlulah menghormatinya , dan setia, kerana dia adalah lelaki yang cemburu, dari itu sebagai isterinya , jangan mudah anda melihat atau merngerling lelaki lain .Lelaki ini percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumahnya sebagai tempat berehat , dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.
Virgo
Dia adalah lelaki yang agak kurus , tingginya serderhana , bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik , dan dahinya luas , matanya nampak sedih tetapi lembut , dan ini menarik perhatian wanita . Sifatnya amat berhati-hati , nafsu syahwatnya rendah , dan kerana ini , dia kelihatan tidak pasti, dan seolah-olah kekasih yang tertahan-tahan .Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan .Dia mahukan kesempurnaan , sentiasa mahu mengawal , dan jarang sekali terbawa oleh cinta .Dia mengkritik dan mengadu.Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci , juga beradab, dan ini menjadikannya pasangan yang setia dan mengambil berat . Dia akan mengkahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya secukupnya . Sifat bimbangnya membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan , dan ini menjadikan dia kekasih yang kurang memuaskan , dan dia cepat sekali menyalahkan orang lain walaupun dia sebenarnya bersalah .Dia juga mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasannya.
Libra
Dia seorang yang seksi , tubuhnya agak menarik , pakainya agak kemas ada gaya bersih dan segar. Matanya biasanya besar , bersinar dan menarik.Mulutnya agak penuh dan menawan .Jika lelaki mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit , atau bahu yang kecil. Lelaki Libra tidak gemar tangannya kotor , dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut , pereka fesyen atu menjual barangan kecantikan .Sikapnya terbuka , menyenangkan , suka bergaul , ramai kawan .Sopan dan simpati .Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak di sukainya ,ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai .Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita , emosinya di kawalnya dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi .Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati , kemudian setelah beberap lama , sikap itu tenggelam .Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju , wangian , atau perabot .Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang di anggap penting.
Scorpio
Tubuhnya biasanya kecil , tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana .Mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang jelas ,hidungnya mempunyai hujungan yang lembut dan lubang hidungnya besar .Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain .Samada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan , dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bial dia kegelisahan .Dia seorang yang intuitif dan mudah tersinggung perasaannya tetapi dapat menyembunyikan keadan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal .Dia akan berusaha bertahun- tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam .Suka jika dapat menunjukkan kuasa , dan nampak lebih dominan dalam perhubungan .Dalam hal seksual ,dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri.
Sagittarius
Dia seorang yang suka bergaul , suka hidup yang baik dan berpoya .Dia adalah insan yang paling romantik ,Dia menarik , mudah suka bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat tempat yang menawan .Dia mungkin berkerja dalam bidang undang -undang , agama atau politik . Tubuh badannya agak tinggi , tubuh agak langsing dan menarik semasa muda tetapi semakin berisi semakin tua .Mukanya panjang ,dahinya agak tinggi tapi sempit, hidungnya agak mancung dan ketika suka hidung itu menjadi kembang .Giginya besar .Dari segi berpakaian , dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar .Dia lelaki yang agak boros , dan jika tidak berhati-hati , mungkin terlibat dalam perjudian .Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati .Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang .Ramai lelaki berbintang sagitarius yang kahwin lebih dari satu atau lelaki yang menyimpan wanita lain .
Capricorn
Lelaki ini lebih berhati- hati dalam hidup , dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan kaedah .Dia tidak suka menukar -nukar rancangan yang telah dibuatnya .Dia agak pendiam ,suka bekerja sendiri .Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang di lakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun .Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek .Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya .Lelaki ini sukar jatuh cinta ,tetapi jika sudah jatuh cinta ,dia akan amat mencintai .Dalam hidup bercinta ,dia kurang di sukai .Dia mementingkan keluarganya , dan dia akan akan menyatakan apa yang dia fikirkan .Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan .Dalam pergaulan , dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservatif.
Aquarius
Tubuhnya agak tinggi, dan kurus , tangan dan kakinya besar , bahunya lebar .Mungkin rambutnya nipis .pakaiannya agak luar biasa.Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek .Dia agak kurang romantik .Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa .Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang .Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara yang menarik untuk dilakukan , tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya .Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat .Dari segi seksual dia lebih mementingankan seks dari kasih sayang , dan dia lebih suka kepada ramai pasangan . Walaupun begitu , dia pandai menyembunyikan rahsianya itu bagi menjaga hati kekasihnya .Sebagai lelaki , dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik , tetapi dia adalah mengecewakan dari segi membuat komitmen .
Pisces
Dia lelaki yang agak pendek dan berisi dengan muka yang agak bulat dan besar serta berjerawat .Dari segi berpakaian ,mungkin dia kelihatan kurang kemas .Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik , dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati .Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang . Dia tidak suka berkelahi dan sedaya upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain , dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan .Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan , menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita . Dia agak sukar dari segi membuat keputusan , dan agak bertangguh untuk kahwin . Oleh kerana kelemahan ini , dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan .Tapi dari segi bercinta , dia adalah seorang yang hangat , mengambil berat dan mengasihi , serta menghiburkan .

Monday, April 12, 2010

Pengantin kelakar 2010

Sila klik imej untuk gambaran lebih gojesss~

Ni gambar kawen aku yang paling kelakar~ Setiap kali aku tengok gambar ni mesti aku rasa nak tergelak..
Kenapa?hmm mengingatkan babak tu la kot. Photographer tu kata aku lari n hubby buat2 kejar..Yang aku lak g lari betul2.. Haha xsangka plak hubby aku pandai buat cmtu.. Pendek kata memang kelakar la gambar tu.. Xtau nk cakap mcmana.. Nak tengok lagi g la view profile facebook aku. Email aku norhanil@live.com..
Atau www.facebook.com/norhanil

Sunday, March 14, 2010

Umie Aida hampir batal pernikahan

MEKAH - Dua hari sebelum berangkat ke Tanah Suci untuk bernikah, pelakon Umie Aida hampir membatalkan hasrat Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang mahu memperisterikannya.
Apa yang lebih membuatkan keadaan huru-hara ialah Umie tanpa rasa bersalah memaklumkan hasratnya itu kepada ibunya, Asmah Ali yang benar-benar tergamam sebaik mendengar khabar buruk itu.
Semuanya disebabkan oleh perasaan takut dan bimbang Umie tidak mampu menjadi isteri orang selain risau tidak boleh membahagiakan teman hidupnya itu.

Sumber : Kosmo online

Tuesday, March 9, 2010

Keju dari susu payudara??? urghhh~~~

NEW YORK - Seorang chef di sebuah restoran di kawasan perumahan Chelsea di sini, Daniel Angerer menghidangkan kepada pelanggan-pelanggan keju yang diperbuat dari susu badan isterinya, lapor akhbar New York Post semalam.
"Rasanya seperti keju susu lembu. Terasa sedikit manis," katanya.
"Perasa keju itu bergantung kepada bahan-bahan yang dihidangkan bersama dan apa yang dimakan oleh ibu tersebut," kata Angerer.
Menurutnya, susu badan tidak menjadi dadih dengan baik kerana ia mengandungi kandungan rendah protein.
Dia berkata, susu lembu perlu ditambah sedikit bagi melengkapkan teksturnya.
Katanya, selepas menyebarkan kisah mengenai usahanya menghasilkan keju susu badan manusia di Internet, beberapa pelanggan mula membuat tempahan untuk merasai keju berkenaan.
Maklum balas yang diterima daripada mereka yang pernah mencuba keju tersebut sangat positif walaupun ada pelanggan yang terasa geli untuk menjamahnya.
Pegawai-pegawai di Jabatan Kesihatan New York menyatakan mereka telah menasihati Angerer tidak berkongsi susu badan isterinya dengan orang lain kerana tidak ada peraturan yang menghalangnya untuk berbuat demikian.
"Pihak pengurusan restoran itu tahu bahawa keju diperbuat daripada susu payu dara bukan untuk kegunaan awam sama ada ia dijual atau diberikan," kata jurucakap jabatan tersebut. - Agensi

Sumber : Kosmo online

Sunday, March 7, 2010

LIMAU

“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak.

Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Sunday, February 21, 2010

Aksi pengantin terlampau!

Pengantin ini memang dh xingat dunia dah~ tapi xbleh salahkan derang la kan~ photographer la yang suruh.. Kih2! ramai yang tanya mana gambar kawen aku~ aku hanya jawab ada kat photographer la~ sian nengok derang so aku upload beberapa gambar yang aku rompak dr website photographer~
Ni photographer tu suruh pandang tingkap~ aku dhla alergik orang pegang pinggang nih~ katil sepah2 tu normal la~ terlebih muatan~hehe
 
Ni aksi cium2 gituw~ adoi xlarat aku! haha adeke patut~ bercium dikhalayak kerbau! sebab aku buat photo sgoot ni kat padang ragut kerbau kat tepi sungai Perak

 
Ni gambar ala romantika bulan madu la kot~ ntah aku pun xtau la~ Orang tu suruh buat cmtu aku buat la! kah3!

Nantikan kemunculan gambar2 pose istimewa aku nanti~

Monday, February 8, 2010

Kerana Cinta Ku Serah Segalanya~

Ops! Gambar hiasan (yang terlampau).Jangan ambik ati ye..

Sekarang ni banyak kita dengar kes tangkap khalwat la hape la kat newspaper dengan TV. Yang menyedihkan  bebudak skolah skarang pun dah pandai pasal menatang tu~ pernah aku baca cerita tentang seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun yang dihantar di nursery, memula dia suke pegang2 sorang kanak2 pompuan ni. Penjaga nursery tu ingatkan biasa jela budak-budak berkawan. Sehingga lah pada suatu hari tu, derg xjumpe kanak-kanak lelaki ni n kanak-kanak pompuan ni main kat taman nursery sedangkan semua kanak-kanak lain dah main kat luar.. Check punya check.. Hah hambik kau~ Hampir nak pengsan penjaga nursery tu bila dia tengok kedua-dua kanak2 laki n pompuan tu dalam bilik mainan tanpa seurat benang! Lepas tu apa yg membuatkan penjaga tu pengsan terus bila kanak2 laki tu sedang menghempapkan badannya di atas kanak-kanak pompuan tu sambil menghenjut! Xke gila semua nih! Aku pun xbernafas beberapa saat baca cite tu! Nauzubillah kat anak2 aku! fuhh!!
Setelah disiasat dengan parents budak laki tu, parents tu mengaku yg mereka selalu mengadakan hubungan seks di depan anak mereka yg umo 3 tahun tu! dengan anggapan budak sekecil itu tak tahu apa-apa! Aje nonsense! Then budak laki tu ditukarkan ke nursery lain buat ke empat kalinya!Lu pk la sendirik!



Sunday, February 7, 2010

Wow~you bogel seksi la ~

Wanita bogel ini mengadakan tunjuk perasaan dikhalayak ramai~ Oh tidak! Sampai hati mereka menjatuhkan martabat wanita.memangla bende tu sama tapi ish xtau nak kata la bagaimana aku pun terasa malu hinggap di muka.. Di luar negara memang la bende ni perkara biasa tapi bagi kita yang ada agama yg tertib ni aku rasa xpayah la buat macam tu. jaga tatasusila. Mak ayah dah didik kita dengan baik kan~ bagi pendidikan agama yang mantap. Xcukup sekolah kebangsaan, petang skolah agama plak. 

Tak ada lelaki yang mahu isteri yg dah dilihat orang bahagian yg tak sepatutnya dilihat. Sebagai contoh paling senang, kalau kite makan,pastu org tu luah balik kat pinggan, nk ke makan lebihan orang yg dlm pinggan tu? tah orang tu ade kudis ke ape ke..eee loyer aku bayang kan.So kesimpulannya..

                                         JOM TUTUP AURAT

Diddy selamat kawen arini~

ehem2~ ladies and jentelmen~ (kalo bos aku tengok aku eja cmni mampos dia marah) arini bersamaan 7 Feb 2010 = 5 hari lagi aku kawen, seorang penyanyi Diddy telah pun menjadi suami orang~ehik! suami orang yer~ Syamsul Hirdi nama dia dah pun slamat nikah dengan awek dia yang ditunangkan dengan dia selama 4 tahun (eh sama la dengan aku n tunang aku~ kenal 4 taun tapi tunang x smpai setahun pun) ha pompuan tu nama dia Allen Nor Azah Musa. So aku hanya ingin meng 'wish'kan selamat berbahagia dan membina rumahtangga yang kekal abadi.Aminnn

Saturday, January 30, 2010

BIAR TAK ORI ASAL STYLO

Aritu masa perhimpunan ALUMNI UUM di Hotel kat kolumpo tu aku g la jalan2 kat The Mall kat depan hotel tu.. Then aku pn jumpe la macam-macam kedai berjenama yang sudah pastinya menjadi kegilaan pompuan-pompuan kat sana kot~ Wahh dah la mase tu duit bwk g sane ade la RM10 lagi  buat beli asam makan dalam bas mase balik..Telan air liur jela tengok barang berjenama kat sana.. Hmm cantik beg tangan ni eh.. SEMBONIA. Aku actually xpenah dengar pun jenama ni,tapi menurut kak2 yang jalan same ngan aku ms tu SEMBONIA ni jenama branded la jugak..beg tangan aku? Huh jenama guess tapi RM10 je..hahaha!

Ha ni la antara beg2 SEMBONIA yang gojes2 belaka.. cantik tapi harga pun cantik gak~
OK apa pendapat korang pasal brg ori n xori ni? Kalo aku ok je sbb dhla harga murah, then fizikal barang tu x la cacat sangat pon.Kire OK la.Sbg contoh jeans.. Hmm jeans aku ade satu jenama EVA,aku pun xtau.. harga RM19.90.Tapi bila aku berdiri seblah orang yang pakai jeans LADY LIKE atau LEE COOPER, xde org dapat bezakan pon..hahaha!Tudung aku pun semua RM10 ke bawah je.. tapi bila aku pandai nk gayakan dengan betul, aku Nampak lebih gojes dari makcik2 yang beli tudung sampai beratus2 dengan manik n labuci sarat macam hujan batu tu..Make up aku slalu ambik LENO.Up sikit la dr make up MAC xori dengan make up jenama Hello Kitty.Kalau bediri seblah org yang pakai make up LOREAL.. haha xde beza pon. Pada aku xpenting barang tu murah ke mahal. Yang penting pandai jaga n pandai menggayakan.. Jimat duit.. boyfriend pun sayang..kih3!

Monday, January 25, 2010

PETUA 3 TIANG BERTUNANG


Petua 3 Tiang Bertunang
“Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang,” kata Ramli Sarip. Begitu jugalah halnya dengan pertunangan.
Usah tunang lama-lama sangat.
Tapi ini bukan soal dia tu diambil orang. Tetapi takut-takut, dia tu diambil sebagai “isteri” oleh si bakal suami walaupun belum lagi sah jadi isteri.
Apa halnya ni?
Begini....
Waktu pertunangan inilah waktu yang paling mencabar sebelum nikah.
Macam-macam perkara boleh berlaku semasa menunggu hari pernikahan.
Kalau setahun dua, maka setahun jugalah juga member kita tu duduk menanguk.
Nak kata isteri belum sah lagi, nak kata belum ada ikatan, cincin dah diberi.
Syaiton pun bukan main lagi. Naik tocanglah dia menari-nari…Nak kena jaga-jaga ni...
Takut bila iman lembik, nafsu pulak yang naik!
Apa yang harus diperhatikan oleh semua yang terlibat dalam hal tunang-tunang ni?
Amalkan Petua 3 Tiang Bertunang.
Apa dia?
Ulang lagi?
Petua 3 Tiang Bertunang…
Tiang 1: Bertunang jangan panjang. Paling lama 6 bulan. Kalau nak lanjutkan pun, setahunlah. Kalau lebih, takut-takut, maksiat pun lebih.
Tiang 2: Bertunang mesti berpantang. Maknanya, mestilah ada batas hijab di antara Cik Abang dengan Cik Adik kita tu. Kalau tidak, pasti ada pihak ketiga yang bisik-bisik buat awak-awak tu syiok sangat kat awek-awek. Jangan cari pasal beb.
Tiang 3: Bertunang biar bertenang. Tak lari gunung dikejar. Usah asyik nak tengok, nak call aje. Lagi tambah risau, resah gelisah nanti! Untuk bertahan, puasalah. Kalau panas, mandilah.
Pokoknya, berhati-hatilah bila bertunang.
Jangan tunggu lama-lama. Pasakkan 3 Tiang bila Bertunang – iaitu jangan panjang, mesti pantang, biarlah bertenang. InsyaAllah menang!
Sumber : http://1eternallove.multiply.com/journal/item/80

Tuesday, January 12, 2010

Indahnya bila cinta bersatu


Sekarang bulan satu xda cuti sekolah so kurang la orang kawen. Tapi tunggu la bulan dua nanti raya cina hah belambak la orang kawen. Yang pokainya kita sebab kene beli adiah n duit minyak kete ke umah pengantin yang jauh2.. Ala member nak wat macamana kan~ bekira sangat kot.
   Ade ke orang sekarang ni yang tak berpunya? kalau ada pun adala dalam 5% yang belum ditentukan jodoh,. Sekarang ni kawan2 aku yang pemalu ala mayang mengurai pun dah ada yang punya tau! Hahaha aku pun sama la time skolah dulu semua lelaki esspecially classmate aku segan dgn aku sbb aku ni kureng sket dengan lelaki. 
  Aku temui jodoh setelah aku redha admire yang aku sayang sangat2 selama 11 tahun bukan dituliskan jodohnya untuk aku. So aku pasrah sehingga lah aku ditemukan dengan tunang aku sekarang.. Ya memang indah kalau cinta itu disatukan dengan ikatan perkahwinan. 
  Kan xelok buat dosa.. kalau dah kawen apa yang berdosa dibuat masa belum kawen jadi pahala untuk yang dh kawen.. Aku bagi contoh untuk elak kekeliruan. Kalau suami isteri membelai, akan berguguranlah dosa2 mereka. Begitu jugak kalau 'bersama'..isteri  dan suami dapat pahala tau.

Sunday, January 10, 2010

Tips murah rezeki

1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah
2. Memperbanyak istighfar
3.Tinggalkan perbuatan dosa
4.Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
7.Tunaikan hajat orang lain
8.Banyakkan berselawat
9. Buat kebajikan banyak-banyak
10.Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari)
11.Menjalin silaturrahim
12.Selalu berada dalam keadaan berwuduk
13.Selalu Bersedekah
14.Selalu bangun solat malam (tahajud)
15.Selalu menunaikan Solat Dhuha
16.Bersyukur kepada Allah (SWT)
17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
18.Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah
19.Berusaha dan berikhtiar sehabis baik
20.Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada Allah                  

Saturday, January 2, 2010

Cinta ku 100 %



>

Jangan marah Tuhan!

Kalau kita mengharapkan dapat couple dengan si A yang hensem bergaya, macho, sweet, lesung pipit and all that kind yang korang suke pada si A, tetapi tup2 si B yang minat kat korang..Si B ni sederhana, mungkin xmemenuhi citarasa, xsehensem mana, xda gaya, xromantik dll (suke ati korang la nk kutuk ape pun).. Jangan marah pd Tuhan. Sebab? Allah tau apa yang terbaik untuk kita. Mungkin A tu baran kea tau personaliti dia xserasi dengan kita? Sapa tau? Atau orang hensem ni sll ramai orang minat so kebarangkalian untuk bermadu tu ada.. Kalau korang ni jenis yg bermurah hati ok la.. kalau x? mau meletus perang Dunia jawabnya.. Mungkin yang minat kita tu la baik n memahami apa yg kita nak.. Dia Nampak yang istimewa tentang diri kita dan betul2 ikhlas berkawan dengan kita. Kadang2 lelaki ni pikat pmpuan untuk nmpk hebat depan kawan2 je.. So fikir2 kan lah yer~Bersyukur la at least ada jgk org nk korang. Janganla rendah2 kan pakwe korg.Sian weh~dia juga manusia..

 
Cinta itu indah untuk kita kan? © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina